Tuesday, June 28, 2016

End of this semester!

Assalamualaikum.

Akhirnya semester 4 sudah habis. Sekarang aku dalam hari-hari terakhir di UMS, menghabiskan sisa baki hari yang ada dengan member yang masi ada. Haha. Ohh yaa, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya in advance.

Hai, saya Dayang. Adik angkat Maleficent.

Kalau mau cakap benda yang jadi dengan aku dalam semester ni memang banyak laa. Tapi aku cakap beberapa benda penting jaa laa kan. Sebab aku rasa semseter ni, memang sangat-sangat berbeza dengan semester lalu. I'm dealing with heart broken and banyak problem sampai kadang-kadang nangis juga tu sebab strees. Macam mana juga, kadang-kadang disitu kau banyak assignment mau submit, disitu juga kau ada program. Lepas tu kalau time tu duit mu tinggal duit makan jaa, disitu lagi mau bayar program. Lepas tu kalau kena program wajib jadi tepaksa laa bayar. Jadi kau rasa duit makan mu macam mana? Kalau minta sama beliau macam berat hati sebab sudah ada peruntukan setiap minggu, mau minta lebih rasa bersalah pula. Jadi student ni penuh dengan dilema bha. Aku pun kesian juga dengan diri ku kadang-kadang. Hahahahaha.

Semester ni aku banyak ikut program, jadi maksudnya semester ni aku busy laa. Aku banyak jadi AJK program jadi maksudnya banyak meeting, banyak meeting maksudnya busy laa kan. Hahaha. Dalam semester ni juga laa aku rasa study aku ke laut. Laut mana? Dekat Tanjung Lipat jaa. Hahahahahahahaha.

Entah laa, mau cakap sebab program enda juga. Itu dari kita jaa tu, tiada motivasi dan malas! Kalau dalam semester sebelum ni, aku rajin gila babi, babi pun enda rajin macam aku ehh. Hahahahaha. Dulu macam tiap hari juga aku bangun jam 3 untuk study, aku selalu excited kalau dalam kelas tutorial asyik mau becakap jaa, mau tanya soalan dengan tutor, aku aktif laa dalam kelas, aku banyak benda mau tanya, assignment jarang last minute, aku well prepared, suka pegi library. Setiap kali exam midterm atau ada presentation aku memang buat preparation yang berabis laa. Tapi dalam semester ini tiada laa semua tu, tinggal kenangan dan terkubur dalam memori. Hahahahahahahaha. Sampai lecture tegur dalam kelas tutorial, dia kata 'kamu dulu seorang pelajar yang aktif, suka bertanya soalan, kenapa kamu macam orang tiada betri' ahahahhahahahahahaha. Aku akui aku enda macam dulu suda. Aihhhh, assignment aku banyak last minute punya kerja dan carry marks teruk. Bukan aku student pintar tapi yang sebelum ni lagi okay bha tapi semester ni teruk gila gila teruk sampai aku down gila gila down. Hmmmm, Tapi dak paa laa. Kita lupakan saja pasal itu. Sudah berlalu juga kan. Hahahahahahahahahahaha. Aku dak mau ingat benda yang menyakitkan.

Syukur laa semester ini sudah berakhir dan aku enda sangka aku survive semester ni!! Tapi result exam nanti dak tau laa survive ka jugaa tu. Hahahahaha. Cakap jaa All is well macam Amir Khan cakap dalam 3 Idiot. Okay jugaa tu nanti, kau positif jaa laa Dayang. Hahahahahahaha.

Dalam relationship aku pun banyak masalah, up side down. Teguling, tepelanting tejatuh teduduk. Hahahahahaha. Cukup laa Dayang. Over pulaa tu. Hahahahaha. Kenapa? Because I'm break up with my 4 years boyfriend. Yes, its sad. All my effort I do for 4 years become a trash, and today its been 3 months, the scars still there. Time will heal, I guess. Moving on is hard because memory is not something that you just can erase from your mind with a second. I never thought he will be temporary but despite everything, I'm never not blessed, I always have my friend and family beside me so everyday I can smile and be grateful :)

Alamak speaking pula. Hahahaha. Tapi serius aku dak tau macam mana mau express perasaan aku dalam bahasa melayu rasa macam jiwang betul pula. Hahahahahahahahaha.

Sudah laa dengan jiwa luka tu Dayang. Sekarang aku mau cakap pasal benda yang menggembirakan. Hahahaha. Benda apa yang menggembirakan? Its the moment that myself create with people I love, my friend and family.

Semester ni aku betul-betul survive sebab dorang laa. Kalau aku tiada parents aku, aku dak tau macam mana life aku sekarang. Aku syukur sebab parents aku paham aku walaupun aku degil kepala batu dak dengar cakap. Aku selalu ingat family aku, aku selalu homesick tapi jenis aku kalau homesick tengok gambar terus nangis. Aku jarang contact family aku kalau aku rindu, aku memang jenis begitu laa. Hahahahahaha. Sumpah aku rindu semua family aku, bapa, umi, pacik macik nenek kakek sepupu adik adik sepupu kalau aku list nama dorang enda habis ni. 

Tadaaaaa, ini laa parents aku. Ini gambar throwback last year sebab tu muka aku bida.

Hari-hari aku di UMS ni dipenuhi oleh kawan-kawan aku. Aku gembira ada kawan-kawan aku. Bila aku sedih ada jaa jadi badut kasi hibur. Hahahahahahaha. Kalau aku ada masalah ada jaa yang tolong tapi enda bole juga bergantung dengan kawan 100% sebab even bayang-bayang kau pun tinggalkan kau bila gelap. Kawan tu memang laa perlu selalu ada tapi kawan tu pun ada life lain yang kita dak daa. Aku cakap macam ni sebab aku enda harap apa-apa dari kawan-kawan aku. Aku cuma harap kawan aku yang ada hari ni terus jadi kawan aku sampai bila-bila. I don't want losing anyone anymore.

Dalam berapa bulan ni aku di UMS jaa dan percaya atau enda aku langsung tiada balik Tawau yaa. Hahahahahaha. Cuti seminggu pun aku dak balik, stay sini jaa aku. Macam dak percaya sebab dulu masa aku tahun satu macam setiap minggu bha aku balik Tawau. Biar pun naik bas tiap minggu aku sanggup tapi masuk semester ni entah laa mungkin sebab sudah besar pandai suda bepikir. Maksudnya dulu tu dak pandai bepikir laa. Hahahaha. Lagi pun jimat sikit duit beliau ku, sebab belanja tambang pulang balik TWU-KK tu sudah berapa, bagus duit tu bagi aku untuk belanja.

Jadi dalam masa aku di UMS ni hidup aku di penuhi dengan program kelas dan program kolej. Semester ni aku terlibat dengan Trip To KL under Kelab Hubungan Antarabangsa, Seminar Dasar Luar Malaysia, Makan Malam Mahasiswa Kolej Kediaman Tun Fuad ada banyak lagi program lain laa malas mention sebab banyak sangat.

Okay, cakap banyak pun bosan. Okay sekarang mau buat appreciation post untuk kawan-kawan yang selalu ada sampai hari ini.



Okay, pertama sekali thank you berjuta-juta thank youu untuk kamu dua orang ni sebab jadi kawan aku sejak dari zaman sekolah sampai masuk UMS. Aku harap apa saja masalah antara kita yang pernah ada kamu enda simpan dalam hati sebab aku sedar aku pun macam celaka kadang-kadang tapi aku tetap anggap kamu dua kawan aku yang paling aku sayang. Hahahahahahahahaha. Macam geli-geli jaa kan. Thank you sebab selalu ada waktu aku jatuh tegolek teguling.



Dari zaman sekolah sampai masuk UMS asyik kena gosip couple dengan dia. Penat aku layan gosip-gosip murahan ni. Hahahaha. Dia kawan aku jaa laa. Seriously, kami kawan jaa, entah laa macam mana mau hapuskan gosip murahan pasal kami. Mungkin sebab kami selalu bedua. Kemana-mana selalu bedua tapikan dia ni bestfriend aku memang laa kami selalu sama sama. Apa pun thank you Yunus sebab selalu bersabar dengan aku yang kuat bikin panas. Thank youu sebab sanggup tunggu aku besiap kalau kita mau keluar. Thank you sebab selalu hantar aku ke sana-sini. Thank you sebab selalu belanja makan. Dak mau cakap banyak nanti kena gosip lagi. Hahahahaha. Friend like you is a gold.



Ini perempuan gila kawan rapat aku yang paling gila. Hahahaha. Only god know how much I love you my friend. Kadang-kadang bila kau rapat betul dengan kawan kau, sikit-sikit mau ambil hati. Aku tu enda juga kuat ambil hati cuma kami kadang-kadang bila busy dengan life masing-masing jadi dak daa masa mau jumpa macam dulu. Kalau dulu setiap minggu ada jaa masa kami keluar tapi sekarang masing-masing ada hal masing-masing. Dak paa Lina, I understand bha. Hmm, apa pun thank youu sebab jadi kawan aku waktu susah dan senang. Aku sayang kau walaupun aku jarang kasi tengok. Just take care and don't hurt yourself.




Ini pula cewek-cewek Bugis. Hahahaha. Kawan rapat aku jugaa, Tina dan Beda. Tapi kami jarang jumpa sebab masing-masing busy dengan hal masing-masing cuma aku tahu dan pasti bila aku perlu dorang selalu ada. Thank youu kamu dua sebab selalu dengar bebelan ku. Thank you sebab selalu memahami aku. Selalu bagi nasihat. Paling penting thank you sebab jadi kawan yang baik selalu bagi makanan. Thank youu banyak-banyak. Aku dak marah walaupun kamu selalu buli-buli aku, kalau jumpa jaa dari jauh sudah teriak cool kids. Tak guna kamu dua. Hahahahaha.



Next, big thanks to this girl. Hahahahaha. Kami kawan sejak semester satu lagi. Pertama kenal dalam Kelas Arab dia duduk sebelah aku. Lepas tu terus rapat, kadang-kadang kami enda bersependapat juga. Kadang-kadang ada salah faham tapi nevermind semakin lama kenal semakin memahami. Orang bilang endak kenal maka dak cinta. Ciaciacia. And I feel bless because parents dia baik gila-gila baik. Aku selalu stay rumah dia hujung minggu. Jujur aku bersyukur kenal Farihah. Dia juga roomate aku, coursemate aku. Pegi mana-mana pun ada dia jaa. Kalau dia dak daa mesti tanya mana Farihah? Mana Farihah. Hahahahahaha.



Okay ini pula Kak Aen. Dia ni dulu roomate Farihah masa Tahun Satu. Naik tahun dua kami rapat sebab dia selalu lepak bilik kami. Kadang-kadang dia merempat satu minggu di bilik kami sebab wifi UMS di bilik kami lajuuuu. Hahahahahahahaha. Kami kuat begaduh, aku suka kacau dia, dia selalu marah, bila dia marah aku suka dengar dia marah dalam slanga Johor. Take care di Muar tu Kak Aen.


Ini juga roomate aku. Seriously dia lawaa gila babi . Hahahahahaha. Aku masih ingat dulu aku dak mau tegur dia sebab dia macam sombong gila babi tapi lepas kami bekawan, dia satu kepala sama aku. Sama-sama gila. Hahahahahahahahaha. Dia punya cupcake sedap. Aku suka makan cheese cake dia buat, kalau dia buat teh susu dia pun sedap. Dulu dia single tapi sekarang dia ada boyfriend sudaaaa. Sejak ada boyfriend ni dia hari-hari bebunga-bunga bikin stress bha dengar dia oncall. Hahahahahaha. Tapi Puts, ketahui laa aku akan rindu dengar kau maki aku. Haha. Just take care Puts.


Memperkenalkan, abang hot Tahun Dua FKSW. Hahahahahahahahahahahaha. Kami kenal di UMS tapi dia orang Tawau juga cuma lain sekolah. Kami rapat sebab banyak kelas sama lepas tu kawan-kawan aku bekawan dengan dia jadi kami pun jadi laa member rapat. Dia pun blessing juga sama macam kawan-kawan lain sebab selalu jadi tuan penasihat bila aku ada masalah, baik enda kedekut, selalu tolong aku, single lagi. Haha. PM tepi jaa kalau berminat. Nothing more, I'm just glad we being friend.


Ini abang Saiful. Hahahahaha. Dia cousemate aku tapi tua dua tahun dari aku jadi aku anggap dia abang laa walaupun dia ni otak dak betul. Kami rapat dari semester satu lagi, aku kenal dia dari first day masuk UMS sampai laa sekarang kami rapat. Thank you bondeng selalu tolong aku, selalu dengar masalah ku. Tapi aku dak puas hati kau ni kau selalu tolak aku. Tak guna kau kan. Hahahahahahahahahaha. Take care dengan cewek baru, jaga ipar bagus bagus. Hahahahahaha.


Ini Farul, kawan rapat juga macam yang lain. Aku kenal dia dari semester dua dulu dan sampai sekarang masih kawan rapat. Enda perna juga lost contact, cuma kadang-kadang busy dengan hal masing-masing laa. Thank you Farul sebab selalu ada bila aku cari kau walaupun aku cari kau time aku susah jaa. Hahahahahahaha. I appreciate our friendship. Aku harap kita enda putus kawan jaa sebab aku tau kadang kadang aku jahat sama kau. Take care jangan gila gila. Hahaha.

Okay enough with those things. Hahahaha. Apa pun aku sayang semua kawan aku, bukan kawan-kawan yang aku mention jaa. Semua pun aku sayang tapi level sayang tu berbeza laa. Hahahaha.

Basically, semester ini aku memang betul-betul busy dengan student life aku. Aku syukur sebab dalam hidup aku Tuhan kirimkan orang yang baik-baik untuk aku. Setiap kali aku ada masalah pasti akan ada orang yang akan tolong aku, sambut aku kalau aku tiada family dan kawan-kawan aku tau aku dak akan dapat survive sejauh ni. Thank you everyone. Tapi kenapa aku buat ucapan macam orang menang award ni. Hahahahahahahahahahahahahaha.

Thanks for reading Facebook Heart Emoticon

Saturday, January 16, 2016

Cuti semester!

Assalamualaikum,

Rasa gembira dan bahagia jaa lepas habis exam ni. Sebelum ni asyik dak cukup tidur jaa. Dalam seminggu ada laa 3 atau 4 hari stay up belajar sampai pagi lepas tu time dak daa exam pun stay up juga buat drama marathon laa movie marathon laa ramai ramai pula tu dengan roomates kalau endak pun buka you tube menyanyi sampai penat. Hahahaha. 

Bila daa habis habis exam ni makin banyak laa member pulang kampung. Bila nampak kawan pulang kampung rasa sedih juga laa. Satu satu kawan aku balek kampung eeee macam sedih bha. Yaa laa hari hari jumpa lepas tu tiba tiba masa berpisah sedih laa juga rasanyaa. Hari tu aku sendiri jaa stay di bilik. Sunyinyaa aku rasa macam mau nangis pun ada sebab selama ni bilik kami bising jaa dan meriah.  Hahahahaha. Over laa. 


Ini laa roomate aku. Sebenarnya bilik aku 4 orang tapi yang satu orang tu susah betul mau diajak begambar. Hahaha. Yes, I know kami semua memang lawaaa. Hahahahahahahahaha.


Ini lampu di bilik aku. Lawaa kan. Romantik gilaa bilik kami. Kahakahkahakahakah. Gambar ni aku bagi kredit dengan roomate aku, dia yang snap. Lawa kan. Sorry Freyaa curi gambar ni di Twitter kau.

Oleh kerana sekarang cuti bole laa makan dengan teratur, tidur dengan lena dan rehat sepuasnyaa. Konon laa kan expectation melebihi realiti sungguh, aku ni kalau balek rumah mana daa bersenang lenang. Automatik laa kalau sampai rumah terus ambil tugas jadi orang gaji. Yaa laa, aku anak pertama. Memang takdirku sebagai anak pertama begini. Aku jugaa laa yang beli ikan, beli sayur, masak, cuci kain, kemas rumah. Bertuahnyaa Umi ku dapat anak rajin macam aku ni. Hahahahahahahahahaha. 

Cuti ni aktiviti aku mau ambek feel jadi Master Chef. Hahaha. Sebelum ni kan aku ambil Kokurikulum Projek Sains Makanan, dalam kelas tu ada belajar buat roti, pizza, apple pie. Boleh laa aku mengaplikasi apa yang aku belajar di rumah kan. Expert tu endak laa tapi kalau aku buat roti mesti sedap. Hahahahahahahahhaa. Aku cadangkan budak UMS yang belum ambil kokum ambil laa kokum Projek Sains Makanan. Lecture pun okay, aku ambil syeksen 2 sebab kelas start jam 11.30 am sampai 2.30 pm tapi selalu kami pulang awal. Kalau ambil seksyen 1 kelas pagi jam 8 am - 11 am tepaksa bangun awal. Aku dak sanggup untuk bangun awal pada hari Sabtu. Penderaan mental bagi ku. Sebab masa sem 3 kelas ku banyak kelas pagi. Tapi kelas jam 11 pun aku selalu juga datang lambat. Hahahahahahaha. Lepas tu dalam kelas every week kami belajar resepi baru tapi mostly buat roti laa, aku pun kadang kadang muak sebab setiap minggu buat roti dan setiap minggu juga laa makan roti.

Ada juga beberapa kali aku bagi kawan kawan aku roti, pizza, apple pie, marble kek yang aku buat tu, banyak laa komen dorang dak sedap laa keras laa apa laa. Eeeee besyukur laa kamu aku bagi. Rezeki tu. Kalau dak sedap tu maknanyaa bukan aku yang buat. Hahahahahahahahahaha. Maksudnya time tu aku tukang kemas barang jaa atau cuci piring sebab kami kan satu kumpulan ada 4 orang jadi kadang kadang aku malas mau buat roti jadi aku tengok jaa laa group member aku buat. Aku ni masak dak perna dak sedap. Kahkahkahkahkahkahkah. Best bha ambil kokum Projek Sains Makanan dak daa penat betul, dak stress jugaa sebab suasana enjoy, buat roti pun dalam kitchen ada air cond walaupun setiap minggu tepaksa keluar duit untuk beli bahan bahan. Part tu laa aku paling dak suka, stress aku. Hahahahaha. Tapi jangan risau laa nanti duit yang kita pakai untuk beli bahan tu akan di claim juga. Jadi aku recommend kokum ni. Hihi









Ini half of picture yang aku ada. Gambar gambar ni aku ambil masa kami ada program hari tu sebab tu laa ramai orang di kitchen padahal kelas kami ada 30 orang jaa pun yang ramai ramai tu peserta program. 

Aku gembira aku ambil kokum ni sebab aku dak paya bepanas atau masuk kelas dengar lecture becakap. Hahahahahaa. Kokum kami ni santai jaa. Kawan aku banyak jealous sebab setiap Sabtu aku happy jaa turun kokum yang dorang tepaksa attend lecture yang pada pendapat aku sangat boringg. Hahahahahaha.

Ehh aku sebenarnya mau cakap pasal cuti tapi kenapa cakap pasal kokum pula. Nevermind, its something good to share jugaa bha kan. Hihi.

Cuti semester ni pun bukan lama juga. Tanggal 22hb Febuari start suda kuliah first week tapi aku cuba laa isi cuti dengan benda bermanfaat. Nanti aku share lagi. Okay sampai sini jaa.

Thanks for reading!

Sunday, January 10, 2016

Updated!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sekarang sudah masuk 2016! Rasanya kali terakhir aku update blog ni tahun 2012. Lamanyaa endak buka blog dan akhirnya hari ini disebabkan aku mereput dalam bilik aku pun buka laa balik blog ni. Mau update laa kononnya. Habis kalau update ni ada orang baca ka? Tapi dak kira aku mau update juga. Hahahahahahaha. 

Mau update apa? Rasanya hidup ku bosan. Aku tiada travel atau ada hobi yang best atau selalu lepak cafe hipster. Aku hanyalah seorang student UMS yang selalu mereput dalam bilik. Hahahahahahaha. Yaaa, kehidupan saya sangat bosan. Walaupun aku study UMS, aku belum pernah lagi sampai Pulau Manukan, Pulau Sapi atau mana mana pulau yang ada di KK. Aku juga belum pernah pegi Rumah Terbalik atau pun mendaki Gunung Kinabalu ataupun pegi Desa Dairy yang ada lembu New Zealand tu. Limpas limpas ada laa tapi stay stay sanaa chill chill tiada laa. Hahahahahahahaa. Bosankan hidup aku. Memang hidup aku dalam UMS jaa. Kalau keluar pun setakat One B tu kira selalu laa. Tapi turun KK jarang laa. 

Kawan aku semua tengok hidup aku macam best jaa. Itu sebab dorang tengok gambar aku di Instagram, FB macam lawa macam hipstur. Dorang dak nampak realitinya. Hahahahahahahahahhaha. Gambar gambar aku tu 80% dalam UMS. Ada background lawa bole laa suru kawan gambar. Hahahahaahahaha. 





Ini separuh daripada gambar aku. Lawa kan lawa. tapi semuanya gambar dalam UMS. Selalunya sebelum masuk kelas atau balik kelas aku paksa kawan aku gambar aku. Jadi kawan aku harus tabah. Kadang aku paksa gambar di tempat public lepas tu suda kawan aku gambar ada jaa dak ngam. Angle dak okay laa, kaki tepotong laa, lighting dak lawa. Aku suruh gambar sampai aku puas hati. Hahahahahahahahahaha. 

and,

Dalam tahun tahun sebelum ini aku mau cerita sikit jugaa laa beberapa benda yang telah berlaku dalam hidup aku.

Tahun 2013
Aku lulus STPM and capai pointer 3.++ kira okay laa untuk student yang dak berapa pandai macam aku ni. 

Tahun 2014
Aku dapat tawaran sambung study di UMS dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (HA15). Apa yang aku study? Basically Hubungan Antarabangsa (International relations) merupakan cabang sains politik yang mengkaji hal ehwal luar negera serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk peranan negarapertubuhan antarabangsapertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta perbadanan multinasional (MNC). and sebenarnya masa isi UPU hari tu aku letak program antarabangsa dalam pilihan yang pertama. sebab apa aku pilih program ini sebenarnya ialah kerana Ok Taecyon, penyanyi kumpulan kpop 2PM. Hahahahahahahahahaha. sebab dia pun belajar Hubungan Antarabangsa so aku pun search laa di google pasal program ni dan aku pun berminat. Kebetulan UMS menawarkan program ini dibawah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Sekarang aku pelajar Tahun 2. Hai adik junior! Kalau mau nota kuliah pm laa kakak.

Tahun 2015
Tiada laa benda yang special sangat dalam hidup ku. Sebab masuk 2015 aku meneruskan hidup ku sebagai student yang kurang komitmen. Dan 2015 berlalu begitu saja. tapi dalam 2015 tu aku banyak belajar banyak benda. Sebab dalam UMS ni aku jumpa ramai spesis manusia. Best masuk universiti ni. Kau berpeluang jumpa kawan yang tikam belakang, talam sepuluh muka, buat kerja cincai, orang bodoh sombong dan banyak lagi spesis yang kau belum perna discover sebelum ini. Tapi aku syukur juga sepanjang aku di UMS aku jumpa banyak orang baik baik. Kawan kawan sentiasa ada waktu aku susah. Malas mau cakap banyak laa tapi, I feel bless :')





 













Ini laa antara kawan kawan yang selalu lepak dengan aku. Aku ramai kawan tapi yang rapat muka muka ni laa. Yang rapat dengan aku ni tau laa gaya aku macam mana. Gaya selfish aku, tahap kesabaran dan tahap gila gila. Hahahahahahahaha.

Setakat ini hidup aku stabil. Tiada masalah besar melibatkan hutang along. Yang ada aku cuma hutang PTPTN saja. Kahkahkahkahkah.

At this point of time, I am thankful to Allah untuk semua yang aku ada hari ni. He showered me with blessing. My university life is hard, but I'm glad I have my friends and family besides me. Yes I do have many friends, but I'm only have few friends who always there for me through thick and thin. Family? there are my support system and the reasons why I always study hard. 

Thanks for reading!