Saturday, January 16, 2016

Cuti semester!

Assalamualaikum,

Rasa gembira dan bahagia jaa lepas habis exam ni. Sebelum ni asyik dak cukup tidur jaa. Dalam seminggu ada laa 3 atau 4 hari stay up belajar sampai pagi lepas tu time dak daa exam pun stay up juga buat drama marathon laa movie marathon laa ramai ramai pula tu dengan roomates kalau endak pun buka you tube menyanyi sampai penat. Hahahaha. 

Bila daa habis habis exam ni makin banyak laa member pulang kampung. Bila nampak kawan pulang kampung rasa sedih juga laa. Satu satu kawan aku balek kampung eeee macam sedih bha. Yaa laa hari hari jumpa lepas tu tiba tiba masa berpisah sedih laa juga rasanyaa. Hari tu aku sendiri jaa stay di bilik. Sunyinyaa aku rasa macam mau nangis pun ada sebab selama ni bilik kami bising jaa dan meriah.  Hahahahaha. Over laa. 


Ini laa roomate aku. Sebenarnya bilik aku 4 orang tapi yang satu orang tu susah betul mau diajak begambar. Hahaha. Yes, I know kami semua memang lawaaa. Hahahahahahahahaha.


Ini lampu di bilik aku. Lawaa kan. Romantik gilaa bilik kami. Kahakahkahakahakah. Gambar ni aku bagi kredit dengan roomate aku, dia yang snap. Lawa kan. Sorry Freyaa curi gambar ni di Twitter kau.

Oleh kerana sekarang cuti bole laa makan dengan teratur, tidur dengan lena dan rehat sepuasnyaa. Konon laa kan expectation melebihi realiti sungguh, aku ni kalau balek rumah mana daa bersenang lenang. Automatik laa kalau sampai rumah terus ambil tugas jadi orang gaji. Yaa laa, aku anak pertama. Memang takdirku sebagai anak pertama begini. Aku jugaa laa yang beli ikan, beli sayur, masak, cuci kain, kemas rumah. Bertuahnyaa Umi ku dapat anak rajin macam aku ni. Hahahahahahahahahaha. 

Cuti ni aktiviti aku mau ambek feel jadi Master Chef. Hahaha. Sebelum ni kan aku ambil Kokurikulum Projek Sains Makanan, dalam kelas tu ada belajar buat roti, pizza, apple pie. Boleh laa aku mengaplikasi apa yang aku belajar di rumah kan. Expert tu endak laa tapi kalau aku buat roti mesti sedap. Hahahahahahahahhaa. Aku cadangkan budak UMS yang belum ambil kokum ambil laa kokum Projek Sains Makanan. Lecture pun okay, aku ambil syeksen 2 sebab kelas start jam 11.30 am sampai 2.30 pm tapi selalu kami pulang awal. Kalau ambil seksyen 1 kelas pagi jam 8 am - 11 am tepaksa bangun awal. Aku dak sanggup untuk bangun awal pada hari Sabtu. Penderaan mental bagi ku. Sebab masa sem 3 kelas ku banyak kelas pagi. Tapi kelas jam 11 pun aku selalu juga datang lambat. Hahahahahahaha. Lepas tu dalam kelas every week kami belajar resepi baru tapi mostly buat roti laa, aku pun kadang kadang muak sebab setiap minggu buat roti dan setiap minggu juga laa makan roti.

Ada juga beberapa kali aku bagi kawan kawan aku roti, pizza, apple pie, marble kek yang aku buat tu, banyak laa komen dorang dak sedap laa keras laa apa laa. Eeeee besyukur laa kamu aku bagi. Rezeki tu. Kalau dak sedap tu maknanyaa bukan aku yang buat. Hahahahahahahahahaha. Maksudnya time tu aku tukang kemas barang jaa atau cuci piring sebab kami kan satu kumpulan ada 4 orang jadi kadang kadang aku malas mau buat roti jadi aku tengok jaa laa group member aku buat. Aku ni masak dak perna dak sedap. Kahkahkahkahkahkahkah. Best bha ambil kokum Projek Sains Makanan dak daa penat betul, dak stress jugaa sebab suasana enjoy, buat roti pun dalam kitchen ada air cond walaupun setiap minggu tepaksa keluar duit untuk beli bahan bahan. Part tu laa aku paling dak suka, stress aku. Hahahahaha. Tapi jangan risau laa nanti duit yang kita pakai untuk beli bahan tu akan di claim juga. Jadi aku recommend kokum ni. Hihi









Ini half of picture yang aku ada. Gambar gambar ni aku ambil masa kami ada program hari tu sebab tu laa ramai orang di kitchen padahal kelas kami ada 30 orang jaa pun yang ramai ramai tu peserta program. 

Aku gembira aku ambil kokum ni sebab aku dak paya bepanas atau masuk kelas dengar lecture becakap. Hahahahahaa. Kokum kami ni santai jaa. Kawan aku banyak jealous sebab setiap Sabtu aku happy jaa turun kokum yang dorang tepaksa attend lecture yang pada pendapat aku sangat boringg. Hahahahahaha.

Ehh aku sebenarnya mau cakap pasal cuti tapi kenapa cakap pasal kokum pula. Nevermind, its something good to share jugaa bha kan. Hihi.

Cuti semester ni pun bukan lama juga. Tanggal 22hb Febuari start suda kuliah first week tapi aku cuba laa isi cuti dengan benda bermanfaat. Nanti aku share lagi. Okay sampai sini jaa.

Thanks for reading!

Sunday, January 10, 2016

Updated!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sekarang sudah masuk 2016! Rasanya kali terakhir aku update blog ni tahun 2012. Lamanyaa endak buka blog dan akhirnya hari ini disebabkan aku mereput dalam bilik aku pun buka laa balik blog ni. Mau update laa kononnya. Habis kalau update ni ada orang baca ka? Tapi dak kira aku mau update juga. Hahahahahahaha. 

Mau update apa? Rasanya hidup ku bosan. Aku tiada travel atau ada hobi yang best atau selalu lepak cafe hipster. Aku hanyalah seorang student UMS yang selalu mereput dalam bilik. Hahahahahahaha. Yaaa, kehidupan saya sangat bosan. Walaupun aku study UMS, aku belum pernah lagi sampai Pulau Manukan, Pulau Sapi atau mana mana pulau yang ada di KK. Aku juga belum pernah pegi Rumah Terbalik atau pun mendaki Gunung Kinabalu ataupun pegi Desa Dairy yang ada lembu New Zealand tu. Limpas limpas ada laa tapi stay stay sanaa chill chill tiada laa. Hahahahahahahaa. Bosankan hidup aku. Memang hidup aku dalam UMS jaa. Kalau keluar pun setakat One B tu kira selalu laa. Tapi turun KK jarang laa. 

Kawan aku semua tengok hidup aku macam best jaa. Itu sebab dorang tengok gambar aku di Instagram, FB macam lawa macam hipstur. Dorang dak nampak realitinya. Hahahahahahahahahhaha. Gambar gambar aku tu 80% dalam UMS. Ada background lawa bole laa suru kawan gambar. Hahahahaahahaha. 





Ini separuh daripada gambar aku. Lawa kan lawa. tapi semuanya gambar dalam UMS. Selalunya sebelum masuk kelas atau balik kelas aku paksa kawan aku gambar aku. Jadi kawan aku harus tabah. Kadang aku paksa gambar di tempat public lepas tu suda kawan aku gambar ada jaa dak ngam. Angle dak okay laa, kaki tepotong laa, lighting dak lawa. Aku suruh gambar sampai aku puas hati. Hahahahahahahahahaha. 

and,

Dalam tahun tahun sebelum ini aku mau cerita sikit jugaa laa beberapa benda yang telah berlaku dalam hidup aku.

Tahun 2013
Aku lulus STPM and capai pointer 3.++ kira okay laa untuk student yang dak berapa pandai macam aku ni. 

Tahun 2014
Aku dapat tawaran sambung study di UMS dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (HA15). Apa yang aku study? Basically Hubungan Antarabangsa (International relations) merupakan cabang sains politik yang mengkaji hal ehwal luar negera serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk peranan negarapertubuhan antarabangsapertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta perbadanan multinasional (MNC). and sebenarnya masa isi UPU hari tu aku letak program antarabangsa dalam pilihan yang pertama. sebab apa aku pilih program ini sebenarnya ialah kerana Ok Taecyon, penyanyi kumpulan kpop 2PM. Hahahahahahahahahaha. sebab dia pun belajar Hubungan Antarabangsa so aku pun search laa di google pasal program ni dan aku pun berminat. Kebetulan UMS menawarkan program ini dibawah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Sekarang aku pelajar Tahun 2. Hai adik junior! Kalau mau nota kuliah pm laa kakak.

Tahun 2015
Tiada laa benda yang special sangat dalam hidup ku. Sebab masuk 2015 aku meneruskan hidup ku sebagai student yang kurang komitmen. Dan 2015 berlalu begitu saja. tapi dalam 2015 tu aku banyak belajar banyak benda. Sebab dalam UMS ni aku jumpa ramai spesis manusia. Best masuk universiti ni. Kau berpeluang jumpa kawan yang tikam belakang, talam sepuluh muka, buat kerja cincai, orang bodoh sombong dan banyak lagi spesis yang kau belum perna discover sebelum ini. Tapi aku syukur juga sepanjang aku di UMS aku jumpa banyak orang baik baik. Kawan kawan sentiasa ada waktu aku susah. Malas mau cakap banyak laa tapi, I feel bless :')





 













Ini laa antara kawan kawan yang selalu lepak dengan aku. Aku ramai kawan tapi yang rapat muka muka ni laa. Yang rapat dengan aku ni tau laa gaya aku macam mana. Gaya selfish aku, tahap kesabaran dan tahap gila gila. Hahahahahahahaha.

Setakat ini hidup aku stabil. Tiada masalah besar melibatkan hutang along. Yang ada aku cuma hutang PTPTN saja. Kahkahkahkahkah.

At this point of time, I am thankful to Allah untuk semua yang aku ada hari ni. He showered me with blessing. My university life is hard, but I'm glad I have my friends and family besides me. Yes I do have many friends, but I'm only have few friends who always there for me through thick and thin. Family? there are my support system and the reasons why I always study hard. 

Thanks for reading!