Sunday, January 10, 2016

Updated!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sekarang sudah masuk 2016! Rasanya kali terakhir aku update blog ni tahun 2012. Lamanyaa endak buka blog dan akhirnya hari ini disebabkan aku mereput dalam bilik aku pun buka laa balik blog ni. Mau update laa kononnya. Habis kalau update ni ada orang baca ka? Tapi dak kira aku mau update juga. Hahahahahahaha. 

Mau update apa? Rasanya hidup ku bosan. Aku tiada travel atau ada hobi yang best atau selalu lepak cafe hipster. Aku hanyalah seorang student UMS yang selalu mereput dalam bilik. Hahahahahahaha. Yaaa, kehidupan saya sangat bosan. Walaupun aku study UMS, aku belum pernah lagi sampai Pulau Manukan, Pulau Sapi atau mana mana pulau yang ada di KK. Aku juga belum pernah pegi Rumah Terbalik atau pun mendaki Gunung Kinabalu ataupun pegi Desa Dairy yang ada lembu New Zealand tu. Limpas limpas ada laa tapi stay stay sanaa chill chill tiada laa. Hahahahahahahaa. Bosankan hidup aku. Memang hidup aku dalam UMS jaa. Kalau keluar pun setakat One B tu kira selalu laa. Tapi turun KK jarang laa. 

Kawan aku semua tengok hidup aku macam best jaa. Itu sebab dorang tengok gambar aku di Instagram, FB macam lawa macam hipstur. Dorang dak nampak realitinya. Hahahahahahahahahhaha. Gambar gambar aku tu 80% dalam UMS. Ada background lawa bole laa suru kawan gambar. Hahahahaahahaha. 





Ini separuh daripada gambar aku. Lawa kan lawa. tapi semuanya gambar dalam UMS. Selalunya sebelum masuk kelas atau balik kelas aku paksa kawan aku gambar aku. Jadi kawan aku harus tabah. Kadang aku paksa gambar di tempat public lepas tu suda kawan aku gambar ada jaa dak ngam. Angle dak okay laa, kaki tepotong laa, lighting dak lawa. Aku suruh gambar sampai aku puas hati. Hahahahahahahahahaha. 

and,

Dalam tahun tahun sebelum ini aku mau cerita sikit jugaa laa beberapa benda yang telah berlaku dalam hidup aku.

Tahun 2013
Aku lulus STPM and capai pointer 3.++ kira okay laa untuk student yang dak berapa pandai macam aku ni. 

Tahun 2014
Aku dapat tawaran sambung study di UMS dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (HA15). Apa yang aku study? Basically Hubungan Antarabangsa (International relations) merupakan cabang sains politik yang mengkaji hal ehwal luar negera serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk peranan negarapertubuhan antarabangsapertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta perbadanan multinasional (MNC). and sebenarnya masa isi UPU hari tu aku letak program antarabangsa dalam pilihan yang pertama. sebab apa aku pilih program ini sebenarnya ialah kerana Ok Taecyon, penyanyi kumpulan kpop 2PM. Hahahahahahahahahaha. sebab dia pun belajar Hubungan Antarabangsa so aku pun search laa di google pasal program ni dan aku pun berminat. Kebetulan UMS menawarkan program ini dibawah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Sekarang aku pelajar Tahun 2. Hai adik junior! Kalau mau nota kuliah pm laa kakak.

Tahun 2015
Tiada laa benda yang special sangat dalam hidup ku. Sebab masuk 2015 aku meneruskan hidup ku sebagai student yang kurang komitmen. Dan 2015 berlalu begitu saja. tapi dalam 2015 tu aku banyak belajar banyak benda. Sebab dalam UMS ni aku jumpa ramai spesis manusia. Best masuk universiti ni. Kau berpeluang jumpa kawan yang tikam belakang, talam sepuluh muka, buat kerja cincai, orang bodoh sombong dan banyak lagi spesis yang kau belum perna discover sebelum ini. Tapi aku syukur juga sepanjang aku di UMS aku jumpa banyak orang baik baik. Kawan kawan sentiasa ada waktu aku susah. Malas mau cakap banyak laa tapi, I feel bless :')





 













Ini laa antara kawan kawan yang selalu lepak dengan aku. Aku ramai kawan tapi yang rapat muka muka ni laa. Yang rapat dengan aku ni tau laa gaya aku macam mana. Gaya selfish aku, tahap kesabaran dan tahap gila gila. Hahahahahahahaha.

Setakat ini hidup aku stabil. Tiada masalah besar melibatkan hutang along. Yang ada aku cuma hutang PTPTN saja. Kahkahkahkahkah.

At this point of time, I am thankful to Allah untuk semua yang aku ada hari ni. He showered me with blessing. My university life is hard, but I'm glad I have my friends and family besides me. Yes I do have many friends, but I'm only have few friends who always there for me through thick and thin. Family? there are my support system and the reasons why I always study hard. 

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment